SEJARAH APM PERLIS

Penubuhan Jabatan Pertahanan Awam Negeri Perlis telah bermula pada tahun 1964. Selepas JPAM Perlis berpisah dari pentadbiran Negeri Kedah pada tahun 1985, JPAM Perlis mempunyai pejabatnya sendiri di Tingkat 3 Bangunan Tun Hj Abdul Razak, Kangar dan jawatan tetap pada ketika itu hanyalah Pengarah, Pemandu dan Pembantu Am sahaja.

  Pada mulanya Bilik Gerakan Rescue 991 beroperasi di Bangunan Pemadam, Jalan Hospital, Kangar. Selepas nama Rescue 991 ditukar kepada Rescue 999 pada 1 Oktober 2007, bilik gerakan tersebut telah berpindah ke bangunan barunya yang terletak di Jalan Pegawai, Kangar yang memuatkan tempat latihan anggota, stor logistik dan kemudahan sukan

  Pada 1 Jun 2009, pentadbiran JPAM Perlis di perluas dan dipecahkan kepada 2 cawangan iaitu daerah dan negeri, yang mana bangunan baru di Jalan Pegawai dijadikan sebagai pejabat Daerah Kangar (PPAD) dan Pejabat Negeri (PPAN) masih kekal di Bangunan Tun Hj Abdul Razak, Kangar, Perlis

Tanggal  25 Ogos 2011 JPAM Perlis telah  berpindah  di pejabat sendiri yang terletak di Persiaran Wawasan, Kangar yang dikenali sebagai PUSPA (Pusat Pertahanan Awam) Negeri Perlis yang memuatkan pejabat Negeri dan Daerah, Padang Kawad, Blok Latihan, Asrama 5 tingkat, surau, Bilik Gerakan 999 dan dewan makan.

Bermula 1 September 2016 Kabinet telah meluluskan penukaran nama jabatan ini kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)