MAKLUMAT AM

VISI
Menjadikan APM Negeri Perlis sebuah agensi yang dekat dengan masyarakat dalam apa-apa aktiviti yang melibatkan pengurusan bencana.


MISI
Melibatkan seberapa ramai rakyat Negeri Perlis dalam ilmu Pertahanan Awam demi memastikan keselamatan orang awam dan harta benda terus terpelihara sebelum, semasa dan selepas bencana atau peperangan.


OBJEKTIF
·         Merancang, melaksana dan menilai program latihan untuk orang awam.
·         Merekrut, melatih dan mengurus seramai mungkin Anggota Sukarela Pertahanan Awam.
·         Memberikan perkhidmatan bantuan awal kepada orang awam dalam kes kemalangan atau bencana.
·         Menyedia, mengurus dan menyenggara Pusat-pusat Pemindahan dan memberikan khidmat kemanusiaan sebelum, semasa dan selepas bencana.


PIAGAM PELANGGAN ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA NEGERI PERLIS

Menjanjikan perkhidmatan-perkhidmatan Berikut:

·         Ø Memberi bantuan pertolongan cemas, penyelamat, melawan kebakaran dan menguruskan tempat perlindungan kepada orang awam daripada sebarang bencana dan kemalangan besar samada bencana alam ataupun bencana buatan manusia

·         Ø Pasukan Pertahanan Awam akan sampai ketempat kejadian, bencana atau kemalangan dalam tempoh antara 30-60 minit atau lebih cepat.

·         Ø Pasukan Pertahanan Awam akan menguruskan kemudahan asas dan makanan kepada mangsa bencana yang ditempatkan di pusat-pusat perlindungan.

·         Ø Permohonan menganggota Pasukan pertahanan Awam akan diperoleh dalam tempoh masa yang terdekat selepas permohonan mereka didaftarkan

·         Ø Latihan Orang Awam Sehari mencapai sasaran yang ditetapkan.